fbpx

PIDM bakal terima premium, levi bernilai RM325 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) menjangkakan untuk menerima premium dan levi bernilai RM325 juta bagi dana perlindungan daripada institusi-institusi ahlinya pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rafiz Azuan Abdullah berkata, pada tahun 2021 juga, pihaknya bakal menerima pendapatan pelaburan sebanyak RM150 juta.

“Sebahagian daripada jumlah tersebut akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan operasi,” katanya dalam kenyataan bersempena terbitan Ringkasan Rancangan Korporat PIDM bagi tempoh 2021-2023 di sini semalam.

Rafiz Azuan menjelaskan, Ringkasan Rancangan Korporat untuk tempoh tiga tahun itu bertujuan untuk mengetengahkan beberapa objektif strategik utama badan tersebut sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, bertemakan ‘Tangkas Mendepani Cabaran’ bagi mencerminkan komitmen berte­rusan PIDM, rancangan tersebut juga bertujuan untuk memantapkan kesediaan operasi dan resolusinya.

Perkara utama yang ditekankan dalam rancangan tersebut adalah kesediaan untuk me­ningkatkan tahap ketangkasan bertindak terhadap kegagalan institusi ahli dan menekankan latihan simulasi bersama rakan strategik utama bagi kerjasama serta koordinasi yang efektif.

Aspek lain ialah menyentuh usaha untuk terus memupuk pemikiran kakitangan yang tangkas dengan menggalakkan budaya pembelajaran dan pembangunan.

 

Selain itu, ia memfokuskan misi untuk meningkatkan visibi­liti dan reputasi PIDM bagi memupuk kepercayaan dan keyakinan terhadap kakitangannya serta sistem yang ditadbirnya selain terus me­ningkatkan amalan keselamatan maklumat dan membangunkan pelan transformasi digital.

‘Sistem perlindungan konsu­mer kewangan PIDM adalah antara bahagian penting dalam daya tahan sistem kewangan Malaysia.

“Keutamaan kami adalah untuk meningkatkan keyakinan terhadap daya tahan sistem kewangan menerusi sistem perlin­dungan dan instrumen sedia ada.

“Ketidaktentuan persekitaran pada masa ini mendorong kami untuk meningkatkan lagi ke­tangkasan bertindak mendepani sebarang cabaran secara efektif agar pendeposit dan konsumer kewangan lain terus dilindungi,” terangnya.

POPULAR