fbpx

Radzi nafi fitnah tular oleh Srikandi Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar status Facebook Srikandi Malaya.

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti ditularkan oleh individu bernama Srikandi Malaya.

Berkongsi perkara itu di laman Facebook, Radzi berkata, kenyataan itu satu fitnah dan beliau langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

“Ini adalah satu fitnah. Saya tidak pernah menyebut sedemikian. Untuk makluman, di Australia, bukan sahaja pensyarah bahkan juga profesor, umumnya dipanggil nama sahaja. Bantu saya hentikan fitnah ini.

“Kepada pemfitnah, sekiranya lepas di dunia, belum tentu lepas di akhirat kelak,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung perkongsian oleh individu bernama Srikandi Malaya yang berkongsi kenyataan dibuat Radzi berhubung kesukaran bekerja tanpa gelaran Datuk.

Individu berkenaan memuat naik kenyataan: “Menteri Pendidikan akui susah bekerja tanpa gelaran Datuk. Masa jadi pensyarah di Australia dulu, semua orang panggil saya dengan gelaran ‘Sir’.

Radzi adalah antara beberapa menteri dan timbalan menteri yang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan, semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI