fbpx
Gambar hiasan.

22 bayi antara penghuni rumah perlindungan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seramai 68 penghuni Rumah Perlindungan Baitus Solehah di Skudai di sini disahkan positif Covid-19 sejak dikesan Sabtu lalu.

Pengasas Rumah Perlindungan Baitus Solehah, Monaliza Ismail berkata, jumlah itu terdiri daripada 22 bayi bersama ibu masing-masing, 10 ibu mengandung serta 14 kakitangan pusat perlindungan.

Menurutnya, tujuh bayi bersama ibu dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan selebihnya dihantar ke Hospital Permai di ini untuk menjalani kuarantin.

“Punca kami belum tahu dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih melakukan siasatan. Kami reda dengan ujian Allah menimpa anak-anak ini.

“Kami sudah sedaya upaya ketatkan dan lakukan serta patuh prosuder operasi standadr (SOP) sejak mula-mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan Mac tahun lalu,”katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Rumah Perlindungan Baitus Solehah merupakan pusat perlindungan bagi melindungi bayi serta ibu bayi yang tidak mempunyai suami dan sudah beroperasi sejak lapan tahun lalu.

Monaliza dalam kenyataan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kes itu berlaku dipercayai berpunca daripada salah seorang penghuni yang mempunyai sejarah melawat hospital minggu lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN