fbpx

Kastam rampas rokok, tembakau RM3.09juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai kastam menunjukkan tembakau dan rokok yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Selangor baru-baru ini.

KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan tembakau bernilai keseluruhan RM3.09juta dalam dua operasi berasingan di sini baru-baru ini.

Serbuan bermula Khamis lalu itu dijalankan di Kota Kemuning, Shah Alam dan Pelabuhan Utara merampas sebanyak 2.3juta batang rokok putih dan 15,000 kilogram per liter (kgm) tembakau hasil operasi dilakukan Bahagian Zon Tengah, Unit II (Selangor).

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, operasi pertama dilakukan pukul 5.25 petang terhadap sebuah lori kontena yang disyaki membawa sejumlah rokok di Kota Kemuning.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap lori yang dibawa seorang lelaki berusia 51 tahun itu telah menemui sebanyak 2.3juta batang rokok putih jenama Zon King.

“Rokok diklasifikasikan sebagai dagangan larangan di bawah butiran 1, Jadual Ketiga Bahagian II Perintah Kastam (Larangan mengenai mengimport) 2017.

“Nilai rampasan termasuk cukai dianggarkan RM1.72juta dengan pemandu lori itu turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga berjaya merampas sejumlah 15,000 kgm tembakau yang tidak berkastam bernilai RM1.3juta cuba diseludup menggunakan sebuah kontena bersaiz 40 kaki di Pelabuhan Utara, pada 29 Januari lalu.

Jelas Abdul Latif, usaha mengesan ejen perkapalan yang telah dikenal pasti terlibat dalam kes itu sedang giat dilakukan pihaknya.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI