fbpx

248 notis kepada peniaga naik harga peranti elektronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSOL (kanan) merasmikan Prihatin Mart di Dataran Padang Kacung, Kuala Telemong, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan berlaku kenaikan harga pada perkakasan komputer, telekomunikasi dan peranti elektronik di pasaran sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, sebanyak 248 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada peniaga terlibat di seluruh negara menerusi Ops. Catut 8.0 yang dilancarkan sejak 25 Januari lalu.

“Setakat ini, 476 pemeriksaan telah dilakukan oleh pasukan penguat kuasa KPDNHEP di premis jualan perkakasan komputer, telekomunikasi dan peranti elektronik di seluruh negara.

“Sebanyak 248 NPMB telah dikeluarkan bagi peniaga terbabit memberi penjelasan lanjut berhubung tindakan mereka menaikkan harga tersebut,” katanya ketika ditemui sewaktu melancarkan Prihatin Mart di Dataran Kacung, Kuala Telemong di sini hari ini.

Rosol berkata, peniaga berkenaan diberi tempoh dua hari untuk mengemukakan maklumat harga dan kos belian produk perkakasan komputer, telekomunikasi dan peranti elektronik yang dijual mereka.

Tambah beliau, peniaga itu boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Sekyen 14 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sekiranya terbukti berlaku unsur pencatutan.

Sehubungan itu, Rosol menggesa peniaga agar tidak mengambil kesempatan permintaan mendadak perkakasan komputer, telekomunikasi dan peranti elektronik berikutan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan menaikkan harga
sesuka hati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI