fbpx
Mohd. Ashraff menyelongkar tong sampah di sekitar Pasir Puteh, sehingga mendapat perhatian banyak pihak baru-baru ini.

Budak selongkar tong sampah dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Perbuatan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun memungut barangan terbuang dalam tong sampah di sekitar bandar ini mendapat perhatian Ketua Jajahan Pasir Puteh, Ab. Pattah Hasbullah.

Ketua Jajahan bersama Pe­ngarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan, Mahadi Awang menemui keluarga Mohd. Ashraff Mokhtar di Kampung Telaga Gayong di sini semalam.

Mohd. Ashraff yang merupakan anak yatim tinggal bersama ibunya, Ropeeah Yunuh, 50, serta tiga kakak yang masih bersekolah dan abang yang bekerja sebagai tukang rumah.

“Keluarga itu menyewa rumah RM200 sebulan. Ibu Mohd. Ashraff bekerja di kedai makan berhampiran dengan gaji RM30 sehari.

“Mereka kini hilang punca pendapatan apabila kedai makan tempat ibunya bekerja ditutup, manakala abangnya, Mohd. Ashraff tidak bekerja selepas projek pembinaan rumah dihentikan sementara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Perge­rakan (PKP),” katanya.

Pada lawatan itu, Yadim me­nyampaikan bantuan makanan, basikal dan wang tunai, mana­kala Ahli Dewan Undangan Ne­geri Limbongan, Mohd. Nazlan Mohamed Hasbullah menyumbang pakaian sekolah.

Mahadi berkata, keluarga kanak-kanak itu mendapat bantuan bulanan persekolahan RM400 yang digunakan untuk belanja sepanjang PKP ini.

Sementara itu, Ab. Pattah berkata, pihaknya akan membantu ibu tunggal itu mengusahakan gerai pisang goreng dalam masa terdekat.

Tiga anak Ropeeah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut, manakala Mohd. Ashraff belajar di Sekolah Kebangsaan Kamil Satu di sini.

“Kita menyerahkan basikal kepada Mohd. Ashraff dan menasihatkan dia duduk di rumah, tak perlu kutip bahan terbuang lagi selepas ini,” katanya.

Sebelum ini kanak-kanak itu ditemui sedang menyelongkar timbunan sampah dan memilih barangan terbuang untuk dijual.

POPULAR