fbpx

Lelaki warga China dikehendaki KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang lelaki warga China diburu Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membantu siasatan berkaitan kes di bawah Seksyen 102(1)(C) Akta Cap Dagangan 2019.

Lelaki dari Henan yang dikenali sebagai Zhu Maoxun dengan nombor pasport EB6532535 itu beralamat terakhir di Kondominium Ketumbar Height, Jalan 6/95B Kuala Lumpur.

Menerusi satu poster orang dikehendaki, KPDNHEP berkata, lelaki dengan rekod keluar bertarikh 10 April 2019 iti ‘diburu’ bagi membantu siasatan kes nombor ACD-2020-0040 HQR.

“Kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 102(1)(C) Akta Cap Dagangan 2019,” katanya.

Sehubungan itu, KPDNHEP meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Hasdi Hashim di talian 016-354 2054 atau emel [email protected]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI