fbpx

Dakwaan semua penduduk Kampung Sepayang dikuarantin tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kain rentang yang digantung di Kampung Simpang Sepayang dalam usaha pencegahan pandemik Covid-19 hari ini.

ROMPIN – Polis menafikan dakwaan yang menyatakan seluruh penduduk Kampung Sepayang di sini dikuarantin susulan penularan pandemik Covid-19 di kawasan itu.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Azari Miskon berkata, pada masa ini seluruh kawasan di Rompin dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti di daerah lain seluruh Pahang dan tiada kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Tidak benar (penduduk sebuah kampung dikuarantin) pada masa ini Rompin hanya melaksanakan PKP. Terdapat kes dan kontak rapat telah diarahkan kuarantin,” katanya di sini hari ini.

Hari ini tular dalam media sosial yang menyatakan penduduk Kampung Sepayang di kuarantin susulan pandemik Covid-19 sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat di daerah ini.

Sementara itu Ketua Kampung Sepayang Zulkarnain Abdullah berkata, situasi di kampung berkenaan adalah seperti biasa dalam tempoh PKP yang menyaksikan penduduk hanya keluar jika mempunyai urusan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

“Pada masa ini hanya bebarapa keluarga di kampung dikuarantin di rumah kerana mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19 dan Jawatankuasa Kemakmuran dan Keselamatan Kampung turut memantau termasuklah menghantar bekalan makanan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI