fbpx

Aaron-Wooi Yik hampiri gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Woi Yik berjaya menundukkan beregu dari India untuk menempah slot final bertemu pasangan dari Taiwan.

HANYA selangkah sahaja lagi buat beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk merangkul gelaran apabila mara ke perlawanan akhir kejohanan badminton Toyota Terbuka Thailand di Bangkok.

Gandingan yang berada pada ranking kesembilan dunia itu mengetepikan cabaran beregu dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18, 21-18 pada aksi separuh akhir semalam.

Kejayaan mara ke final sekali gus mengubat kekecewaan naib juara All England 2019 itu apabila mereka tersingkir seawal pu­singan pertama pada kejohanan Yonex Terbuka Thailand minggu lalu.

Kata Aaron, mereka menggunakan taktikal sama seperti aksi di pusingan kedua bagi memastikan pemain lawan tidak mendapat banyak peluang untuk me­lakukan pukulan smash.

“Berhubung aksi hari ini (semalam), memang strategi kami adalah fokus pada tiga pukulan pertama dan cuba matikan bulu tangkis lebih awal kerana mereka memiliki serangan cukup baik.

“Menerusi taktik sebegitu, kami boleh mengelak daripada melakukan pukulan tinggi yang mampu beri kelebihan kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Menanti Aaron-Wooi Yik di pentas final hari ini adalah beregu No.6 dunia dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin yang menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di separuh akhir.

Beregu Taiwan berkenaan juga merupakan juara Yonex Terbuka Thailan minggu lalu.

“Untuk final esok (hari ini), kami tidak mahu fikir banyak kerana kalah atau menang adalah adat pertandingan. Apa yang penting kami perlu tampilkan aksi terbaik serta kurangkan kesilapan mudah,” ujar pemain berusia 24 tahun itu.

Sebagai rekod, kali terakhir Aaron-Wooi Yik beraksi di pentas final adalah ketika muncul naib juara All England di Birmingham dua tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI