fbpx

Jamali Shadat masih hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Berita kematian pelawak terkenal, Datuk Jamali Shadat,78, yang tular di media sosial adalah palsu.

Anak lelakinya, Sazli berkata, bapanya masih berada dalam keadaan sihat di rumah.

“Berlegar berita palsu pasal bapa saya, Tok Jamali meninggal dunia.

“Harap dapat diperbetulkan berita palsu yang tersebar,” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Tangkap layar akaun Facebook Sazli Jamali yang menafikan bapanya meninggal dunia.

Terdahulu tular di media sosial pagi ini berita kematian Jamali yang sebelum ini terbaring dalam keadaan uzur.

Sementara itu, penyanyi kumpulan Lefthanded, Datuk Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias ketika dihubungi menzahirkan perasaan kesal terhadap pihak tertentu yang menularkan berita palsu itu.

Ujarnya, sejak berita itu tersebar didapati ramai individu dan pihak menghubungi menerusi aplikasi WhatsApp bagi mengetahui kedudukan sebenar berhubung perkara itu.

“Saya ada menghubungi keluarga Jamali bagi mendapatkan kepastian mengenainya dan mereka (pihak keluarga) tidak mahu isu ini diperbesarkan kerana pelakon veteran itu masih hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Datuk Malik Ridzuan berharap pengguna media sosial lebih peka dan tidak menyebarkan berita yang belum diketahui kesahihannya.

“Siasat dahulu dengan ahli keluarganya sama ada betul atau tidak berita tersebut. Sudah pasti baharu kongsi,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI