fbpx
ISMAIL SABRI

Beberapa lokaliti ditamatkan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua lokaliti terbabit menunjukkan trend penurunan serta terkawal dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di kawasan-kawasan tersebut.

“Asrama Pekerja Westlife 1 dan 2, Senai, Johor ditamatkan PKPD hari ini manakala Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru, Johor; Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan, ditamatkan PKPD esok.

“Walaubagaimanapun, Blok Transit (Blok Muhasabah) Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan, dilanjutkan lagi bermula 25 Januari hingga 7 Februari depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE