fbpx
Jasyindar Singh (dua dari kiri) menunjukkan statistik Ops Khas Pengarah yang dijalankan pihaknya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ Negeri di Seremban. FOTO /NUR SHARIEZA ISMAIL

Datuk culas bayar cukai jalan kereta mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Golongan usahawan, profesional termasuk individu bergelar Datuk antara pemilik kenderaan mewah yang culas memperbaharui cukai jalan sehingga menyebabkan kenderaan mereka disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Jasyindar Singh Sihdu berkata, dalam tempoh Ops Khas Pengarah yang dijalankan sepanjang tahun lalu dan bagi tempoh April tahun ini, sebanyak 188 kenderaan mewah disita atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

Katanya, BMW merekodkan sitaan tertinggi dengan 47 kenderaan, diikuti Mercedes-Benz dan lain-lain kenderaan mewah, masing-masing 45 serta 47 unit.

“Sebanyak 24 Toyota Alphard dan Vellfire turut disita, manakala Porsche membabitkan 10 sitaan sepanjang tempoh operasi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ Negeri di sini.

Menurutnya, majoriti kes membabitkan kegagalan pemilik memperbaharui cukai jalan dengan pelbagai alasan termasuk sengaja membiarkan cukai tamat tempoh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN