fbpx

Taktikal Aaron-Wooi Yik akhirnya buahkan hasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) menegaskan bahawa status sebagai pilihan utama tidak memberi jaminan kepada mereka untuk menjulang Terbuka Switzerland yang akan berlangsung 2 Mac depan.

SELEPAS kecewa seawal pu­singan pertama pada kejohanan terdahulu, beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus mengorak langkah pada kejohanan badminton Toyota Terbuka Thailand di Bangkok.

Gandingan yang berada di ranking kesembilan dunia itu dalam memastikan tempat ke suku akhir selepas menyingkirkan wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-12, 6-21, 21-12 pada pusingan kedua semalam.

Kata Aaron, taktik mereka untuk mematikan permainan lebih awal nyata membuahkan hasil apabila berjaya mengutip mata demi mata terhadap gandingan muda tersebut.

“Pertama sekali saya sangat gembira kerana berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir. Satu perlawanan yang sangat sukar biarpun berdepan beregu muda.

“Bagaimanapun, kami tidak bermain secara rally selain mengambil pendekatan untuk mematikan bulu tangkis lebih awal bagi menjimatkan tenaga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah pemain berusia 24 tahun itu, dia dan Wooi Yik berdepan tekanan lebih tinggi berbanding Carnando-Marthin kerana turun sebagai pilihan kelapan kejohanan.

Sementara itu, Aaron menegaskan, mereka tidak akan memberi fokus terhadap misi untuk membalas dendam apabila dija­dualkan menentang rakan senegara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada aksi suku akhir hari ini.

“Hari ini (semalam) pasukan lawan beraksi tanpa tekanan kerana mereka turun sebagai underdog. Walaupun masih muda tetapi mereka sangat berani me­lakukan serangan.

“Berhubung aksi suku akhir esok (hari ini), kami hanya mahu fokus pada permainan sendiri. Misi tebus kekalahan bukan objektif utama kami, sebaliknya aksi di atas gelanggang lebih penting,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI