LONDON – Perbadanan Penyiaran British(BBC) akan mengurangkan sehingga 2,000 pekerja dalam tempoh dua tahun akan datang di tengah-tengah landskap media yang mencabar.
“Walaupun kami masih perlu memperincikan butiran, kami menjangkakan jumlah keseluruhan pekerjaan akan berkurangan antara 1,800 hingga 2,000,” kata Pemangku Ketua Pengarah BBC, Rhodri Talfan Davies dalam satu kenyataan kepada kakitangan semalam.
Menurutnya, BBC berdepan tekanan kewangan ketara yang perlu segera ditangani.
BBC perlu mengurangkan £500 juta (RM2.68 bilion) daripada kos operasi tahunan berjumlah £5 bilion (RM26.8 bilion), dengan kebanyakan penjimatan diperlukan pada tahun 2027 dan 2028, tambahnya.
Ia akan menjadi pusingan pemberhentian terbesar BBC dalam tempoh hampir 15 tahun, lapor saluran berita ITV News dan agensi berita The Press Association.
Pengurangan pekerjaan itu berlaku ketika BBC menghadapi landskap media bergelora, yang terjejas oleh AI dan perubahan tabiat pengguna. – AFP














