fbpx

Pemandu lori tersepit dalam nahas dua kenderaan berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan di kilometer 244.5 (arah Utara), dekat sini, awal pagi tadi.

SEREMBAN – Seorang pemandu lori kurier terpaksa menahan sakit lebih 20 minit apabila terbabit dalam nahas di kilometer 244.5 (arah Utara), dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian kaki.

Menurut sumber, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu lori jenis Volvo dengan muatan tanah liat dan lori kurier.

“Berdasarkan siasatan awal, lori kurier yang dipandu di lorong kiri telah melanggar belakang lori yang berada di lorong yang sama.

“Pemandu lori kurier berkenaan iaitu lelaki berusia 23 tahun tersepit di bahagian kaki dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya, dekat sini, tadi.

Sumber berkata, pemandu dan kelindan lori kurier berusia lingkungan 20an sudah dikejarkan ke hospital berhampiran susulan mengalami kecederaan.

Menurutnya, pemandu lori jenis Volvo juga berusia lingkungan 20an tidak mengalami sebarang kecederaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI