fbpx

Guna nama syarikat penghantaran edar arak seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai PPM Pelabuhan Klang menunjukkan arak seludup yang dirampas dari sebuah lori di hadapan Plaza Tol Subang, semalam.

KLANG – Taktik sindiket penyeludupan minuman keras berselindung di sebalik nama syarikat penghantaran terbongkar apabila merampas 7,920 tin arak daripada sebuah lori dalam Op Landai di hadapan Plaza Tol Subang dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari itu, turut menahan pemandu lori berusia 27 tahun.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, sepasukan anggota telah membuat pintasan di laluan akan digunakan lori tersebut selepas mendapat maklumat daripada pihak awam.

Katanya, pihaknya menunggu hampir setengah jam sebelum lori yang disyaki itu melalui kawasan berkenaan sebelum mengekori dan menahan kenderaan tersebut di berhampiran plaza tol berkenaan.

Difahamkan PPM mengekori dan melakukan intipan terhadap lori berkenaan kira-kira sejauh 15 kilometer.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 7, 920 tin jenama 3 Horses yang tidak bercukai dan tiada pelekat hologram Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Nilai rampasan minuman keras itu termasuk cukai dianggarkan RM152,792.64,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, turut dirampas adalah lori tersebut dengan nilai keseluruhan termasuk minuman keras berjumlah RM 312,792.64.

Kata Rosman, siasatan awal mendapati lori itu dijadikan pengangkutan bagi mengagihkan minuman keras ke negeri-negeri lain dengan berselindung di sebalik nama syarikat penghantaran.

Turut difahamkan arak yang dirampas PPM itu dalam perjalanan ke Perak untuk pasaran gelap di negeri itu dengan jenama itu sangat digemari oleh warga asing.

“Pemandu lori dan minuman keras itu dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Satu Pelabuhan Klang untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1957,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI