fbpx

3,631 kes baharu, 14 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,631 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 165,371 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,624 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 39,464 kes.

“Sebanyak 14 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 619 kes.

“Selain itu, sebanyak 2,944 kes sembuh turut dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 125,288 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 238 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 96 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI