fbpx

Anak ditegur rambut dah macam perempuan, Amar Baharin tempelak netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMAR Baharin dan anaknya Aqeef Anaqi.

PETALING JAYA – Gara-gara ditegur supaya memotong rambut anaknya yang sudah menyerupai perempuan, pelakon Amar Baharin menempelak semula pengikut Instagramnya dengan alasan sunnah dan sirah Nabi.

Menerusi foto keluarga yang dimuat naik Amar dalam Instagramnya, salah seorang pengikut tidak semena-mena telah menyuruh pelakon tersebut memotong rambut anak lelaki sulungnya, Aqeef Anaqi yang kini berusia tiga tahun.

“Potonglah rambut anak lelaki tu. Lebih kemas dan lebih sesuai untuk anak itu,” kata salah seorang pengguna Instagram.

KOMEN seorang netizen yang meminta Amar memotong rambut panjang anaknya.

Malah, pengguna Instagram tersebut turut melahirkan rasa kasihan kerana berpendapat bahawa rambut kanak-kanak itu telah menyerupai perempuan.

Bagaimanapun, teguran tersebut telah dibidas semula oleh Amar dan memberitahu bahawa dia mempunyai sebab sendiri membiarkan anak sulungnya tampil dengan imej berambut panjang.

“Awak tidak perlu kasihan dekat anak saya. Bila dia tanya, saya cerita sirah Nabi. Pernah rambut panjang, pernah botak. Jangan lupa cerita juga sunnah-sunnah Nabi kepada anak-anak.

“Insya-Allah dia membesar jadi anak soleh dan solehah ahli sunnah. Saya doakan awak, amin. Jangan kasihan Nabi pula ya

“Nabi itu kita jadikan ikutan dan panduan. Insya-Allah semoga bermanfaat,” kata suami kepada pelakon Amyra Rosli itu.

BEBERAPA pengikut Instagram Amar menyokong tindakan pelakon itu dengan menyifatkan dia lebih mengetahui yang terbaik untuk anaknya.

Beberapa pengguna Instagram lain turut dilihat menyokong kata-kata pelakon berusia 35 tahun itu dengan berpendapat, sebagai seorang bapa pastinya Amar mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya.

“Aku rasa cara hang (awak) menegur tak kena. Anak dia, biarlah kat dia. Bukan sebab Amar ni artis atau apa. Amar pun bukan kenal aku, tapi cara teguran nak perbetulkan anak orang tu tak kena,” balas salah seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, Amar telah mendirikan rumah tangga bersama Amyra pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa, 11 bulan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI