fbpx

Penjaga premis ditahan benarkan pelanggan makan di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua lelaki warga asing yang berperanan sebagai penjaga premis ditahan semalam selepas membenarkan pelanggan berada di dalam premis makanan yang diuruskan mereka tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kira-kira pukul 10.35 pagi, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menahan seorang lelaki warga asing di sebuah premis makanan di PJU 6A di sini selepas didapati tidak menggunakan pelitup muka.

“Pemeriksaan lanjut yang dilakukan kemudiannya mendapati terdapat seorang pelanggan di dalam premis berkenaan juga tidak mengenakan pelitup muka.

“Penjaga premis itu kemudiannya ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa dan Seksyen 22(b) AKta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, pelanggan tersebut iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun pula dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka sepertimana yang diperuntukan di bawah Peraturan 15(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Kira-kira pukul 3 petang hari yang sama, anggota bertugas telah menahan seorang lagi lelaki warga asing berusia 32 tahun di sebuah restoran di Mutiara Damansara kerana membenarkan dua pelanggannya makan di dalam premis.

“Kes disiasat mengikut seksyen serupa dengan tangkapan pertama dengan tambahan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelas beliau.

Tambah Nik Ezanee, kedua-dua pelanggan warga tempatan berusia 28 dan 28 tahun itu kemudiannya dikenakan tindakan kompaun Rm1,000 kerana melakukan kesalahan makan di dalam premis restoran.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki warga asing berusia 46 tahun di sebuah premis cuci kenderaan di Jalan SS 25/32, Taman Mayang di sini kerana gagal mengemukakan surat kebenaran beroperasi seperti mana sektor pekerjaan yang dibenarkan oleh kerajaan.

“Kes disiasat mengikut seksyen seperti dua tangkapan sebelum ini.

“Pihak polis memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dan kegagalan berbuat demikian akan dikompaun RM1,000 atau ditangkap dan didakwa di mahkamah,” tegas beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI