fbpx

Bicara kes jenayah di Mahkamah Sibu, Majistret Litar ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Semua perbicaraan atau pendengaran kes jenayah secara terbuka di Mahkamah Sibu dan Majistret Litar, Kanowit, Sarawak yang telah dijadualkan bermula esok hingga 29 Januari ini, ditangguhkan manakala penetapan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.

Bagaimanapun kata Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, dalam keadaan kes-kes yang mendesak, persetujuan perlu diperoleh terlebih dahulu daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak untuk menjalankan perbicaraan atau pendengaran kes di mahkamah terbuka.

“Penangguhan itu dibuat selaras dengan pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak semalam berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu yang meliputi Daerah Sibu, Kanowit dan Selangau.

“Ia menggariskan panduan pengendalian kes jenayah dan sivil sehingga 29 Januari atau sepanjang tempoh pelaksanaan PKP jika diumumkan oleh Kerajaan kelak,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, bagi pendaftaran kes baharu, pegawai penyiasat perlu memaklumkan kepada mahkamah lebih awal untuk persediaan manakala tarikh sebutan seterusnya hendaklah ditetapkan selepas tamat tempoh PKP.

Katanya, permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta Imigresen akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan manakala lanjutan tempoh tahanan reman akan dilakukan secara teknologi komunikasi jarak jauh.

“Pengurusan kes jenayah di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret juga dilaksanakan secara dalam talian atau persetujuan pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding berkenaan.

“Bagi pengendalian kes sivil pula, kenyataan itu menjelaskan, perbicaraan dan pendengarannya juga akan dilaksanakan secara teknologi komunikasi jarak jauh seperti yang dikeluaran oleh Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 Tahun 2021.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI