fbpx

Taska di bawah JKM dibenarkan beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kebenaran pengoperasian taska dalam tempoh PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan itu adalah selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, semua pengusaha taska diingatkan untuk memaklumkan kepada JKM terlebih dahulu mengenai rancangan untuk beroperasi.

“Pengusaha taska yang beroperasi di premis-premis kerajaan sama ada kerajaan persekutuan atau negeri harus memohon kebenaran daripada kementerian dan agensi berkaitan terlebih dahulu.

“Setiap taska diwajibkan mematuhi Garis Panduan Pencegahan Penularan Covid-19 yang diterbitkan pihak kementerian dan diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebenaran beroperasi itu bagaimanapun terbatal sekiranya terdapat arahan terkini daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, katanya, kementerian juga akan mempertingkatkan pemantauan terhadap kesemua taska berdaftar yang beroperasi semasa PKP dengan memastikan premis terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI