fbpx

Duit RM14,421 lesap ditipu pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta di Butterworth di sini berputih mata apabila wang sebanyak RM14,421 lebur selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud semalam.

Mangsa, berusia 25 tahun itu mula terjerat dalam sindiket berkenaan selepas berkenalan dengan seorang individu melalui aplikasi WeChat baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kenalan maya mangsa itu menawarkannya menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan berganda sambil meminta mangsa membuat turun satu aplikasi di telefon pintar.

“Mangsa tertarik dengan pelaburan berkenaan kerana ditawarkan dengan pulangan di antara RM 25 hingga RM300 sehari,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurut Noorzainy, mangsa telah memperoleh pulangan daripada pelaburan awal dan dia berminat meneruskan pelaburan tanpa menyedari suspek sedang menjeratnya.

“Mangsa telah diminta membuat bayaran tambahan untuk mengeluarkan pulangan pelaburan selepas suspek memberi alasan hasil pelaburan di dalam akaunnya dikatakan dibekukan.

“Mangsa yang teruja telah membuat sepuluh transaksi memasukkan wang ke dalam tiga akaun berjumlah RM14,421 di antara Khmais hingga Ahad lalu sebelum menyedari ditipu,” katanya lagi.

Noorzainy berkata, siasatan mendapati mangsa telah menggunakan wang simpanan miliknya bagi pelaburan itu selain sebahagiannya dipinjam daripada beberapa kenalan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyan 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI