fbpx

Ahli majlis perlu tunjuk prestasi baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Hamid (dua dari kanan) berbual dengan kepimpinan baharu ahli majlis selepas  Majlis Perakuan Menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis MPSepang, Cyberjaya hari ini.

CYBERJAYA – Semua ahli majlis perbandaran perlu menunjukkan prestasi yang baik dan berintegriti bagi mengelak daripada dikenakan sebarang tindakan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, tindakan yang boleh lakukan di bawah bidang kuasa beliau jika ada didapati prestasi ahli majlis tidak mencapai tahap yang memuaskan adalah dengan membuat laporan kepada kerajaan negeri.

“Begitu juga seandainya berlaku salah laku dan ketidakcekapan, kita akan menghantar laporan kepada kerajaan negeri yang melantik mereka dan seterusnya terpulang kepada pihak kerajaan negeri dalam mengambil tindakan susulan.

“Bagaimanapun, setakat ini, prestasi ahli-ahli Majlis Perbandaran Sepang menerusi rekod adalah sangat baik dan kesemua mereka menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

” Tidak ada yang dikenakan tindakan disiplin dan dibuang melainkan apabila perkhidmatan tamat tempoh mereka dilantik semula dan bukan atas alasan dipecat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perakuan Menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) di Bilik Semarak di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI