fbpx

KPDNHEP Selangor terima aduan tertinggi tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zikril Azan bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Majlis Tindakan Pengguna Negara Negeri Selangor di Hotel Marriot Putrajaya di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA  – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Selangor menerima 9,099 aduan pengguna sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, tahun lalu merupakan jumlah aduan paling tinggi direkodkan berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19.

“Ia kemudiannya diikuti tahun 2018 dengan sebanyak 7,728 aduan dan seterusnya  2015 dengan 6,095 aduan.

“Lebih 25 peratus aduan di KPDNHEP adalah di negeri Selangor,” katanya selepas merasmikan Pejabat Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor di Hotel Marriot, Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara, Datuk Dr. Kevy KV. Yeo dan Yang di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor, Datuk Dr. Gavin Voon Shih Chin.

Muhammad Zikril Azan berkata, daripada jumlah aduan itu, aduan berhubung ketiadaan tanda harga, harga mengelirukan, tidak menggunakan tanda harga merah jambu (musim perayaan), menjual melebihi harga maksimum (musim perayaan) dan tiada resit merupakan aduan tertinggi direkodkan.

“Selain itu, aduan tertinggi juga mengenai kekurangan barang kawalan, aktiviti haram, perkhidmatan mengelirukan dan tidak menerima barang tempahan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI