PELAKON kacak Shahid Kapoor bengang dan tidak berpuas hati kerana tempoh kemunculannya dalam filem Cocktail 2 lebih ‘sedikit’ berbanding heroin.
Selain Shahid, filem tersebut dibintangi Kriti Sanon dan Rashmika Mandanna yang menyaksikan dua aktres terbabit memegang watak sebagai pasangan lesbian.
Dek sikap yang dikatakan tunjuk belang, dia juga diundang ke majlis perkahwinan Rashmika baru-baru ini.
Hanya Kriti yang diundang ke majlis tersebut, perkara itu menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka tidak berada dalam keadaan baik.
Cocktail 2 akan ditayangkan di pawagam pada 19 Jun 2026.














