fbpx

Cuaca buruk di Pahang, Johor sepanjang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran buruk tahap jingga di tujuh daerah di negeri Pahang dan Johor sepanjang hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, bagi negeri Pahang daerah yang terlibat adalah Pekan; Bera; Kuantan dan Rompin, manakala bagi di Johor melibatkan daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

Menurutnya, hujan lebat berterusan dijangka akan berlaku di daerah-daerah terlibat sepanjang hari ini.

Peta amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia pagi ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada tahap jingga di Kelantan; Terengganu; Pahang dan Johor sepanjang hari ini.

“Bagi negeri Terengganu, daerah yang terlibat adalah Besut; Setiu; Kuala Nerus; Hulu Terengganu; Kuala Terengganu dan Marang.

“Di Johor pula daerah yang terlibat adalah Kluang, Kulai dan Johor Bahru, manakala amaran sama turut dikeluarkan untuk seluruh negeri Kelantan,”katanya di laman Facebook di sini hari ini.

Pada masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama sehingga Sabtu ini kepada beberapa daerah lain di Terengganu dan Pahang, dijangka hujan lebat berterusan berlaku kawasan tersebut.

“Bagi negeri Terengganu, daerah yang terlibat ialah Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang ia melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron; Lipis; Raub; Jerantut; Bentong; Temerloh dan Maran,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI