fbpx
Gambar hiasan

Cuti PKP serlahkan peranan ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

20 JANUARI dan 8 Mac 2021 adalah tarikh dinantikan apabila sesi persekolahan di seluruh negara dijadualkan dibuka kembali.

Setelah lebih sembilan bulan sejak Mac lalu bercuti panjang akibat pandemik Covid-19, pelbagai rungutan dilontarkan berikutan norma baharu dalam sistem pendidikan negara.

Ada yang menyokong pembe­lajaran onlie, namun terdapat juga sebaliknya susulan pelbagai gangguan termasuk sistem tele­komunikasi terutama yang tinggal di luar bandar.

Dalam tempoh ‘cuti’ panjang itu, terdapat segelintir ibu bapa merungut apabila terpaksa menggalas lebih tugas dalam pembelajaran anak-anak yang sepatutnya dilaksanakan guru.

Berlainan bagi sebuah keluarga di Sepang, Selangor mengambil pendekatan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada anak-anak mereka dalam bidang seni.

Ini dibuktikan apabila Iskandar Zulkarnain Mohd. Naze­reen, 10, dan Khalid Al-Walid, 8, berjaya menjadikan ‘duka’ gagal menjalani sesi persekolahan se­­­­p­erti biasa sebagai peluang meni­ngkatkan kemahiran bidang seni.

Kedua-dua beradik itu berjaya merangkul wang terkumpul RM3,000 apabila memenangi pertandingan melukis dan mewarna, reka bentuk poster digital, bercerita, pidato, baca puisi dan kuiz.

Ibu mereka, Nadirah Sanusi, 38, berkata, minda perlu kreatif supaya pembelajaran tidak terhenti sepanjang Covid-19.

“Saya berpandangan masa yang banyak terluang perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi tugas kita menjadi pendidik utama kepada anak-anak sendiri,” jelasnya.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pskilogi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor berkata, perkara yang dilakukan keluarga di Sepang itu perlu dicontohi dalam merancang aktiviti menyeronokkan kepada anak-anak mereka.

Katanya, ia akan meransang psikologi anak-anak sebagai perkembangan kehidupan ha­rian mereka.

“Memang anak-anak lama sudah bercuti dan lumrah kepada kanak-kanak khasnya ingin meneroka pelbagai perkara baharu dalam pendidikan formal khususnya selain berjumpa dengan guru-guru mereka.

“Ada ibu bapa yang mempunyai kekangan masa sebelum ini susulan faktor kerja dan cuti panjang ini sebenarnya rahmat dalam menyedarkan ibu bapa dalam menghargai jasa para guru,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau turut tidak bersetuju apabila terdapat sebilangan ibu bapa yang menyifatkan guru-guru hanya makan gaji buta sahaja sepanjang cuti pandemik Covid-19.

Ujarnya, guru-guru masih lagi melaksanakan tugas hakiki mereka dalam norma baharu dalam memastikan anak didik tidak ketinggalan dalam aspek pendidikan.

“Pandemik Covid-19 ini masalah dunia dan cuti panjang akibat pandemik ini sepatutnya dimanfaatkan ibu bapa dalam menyemak pembelajaran dan membantu pemahaman anak-anak dalam sesuatu subjek sete­rusnya mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Bagaimanapun, pembukaan sekolah sudah tentunya ditunggu dengan melibatkan interaksi secara langsung dalam kelas de­ngan anak-anak kembali merasai keseronokan belajar.

“Tambahan, mereka telah didedahkan dengan prosedur operasi standard (SOP) terutama pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sepanjang cuti ini,” katanya.-K! ONLINE

POPULAR