fbpx
Fadhlina ditemui pemberita pada Simposium Antarabangsa Kepustakaan, Terjemahan dan Kecerdasan Buatan (LiTr.AI) 2026 di Wisma DBP, Kuala Lumpur hari ini. Foto IQBAL ROSLI/KOSMO!

Pengambilan guru diteruskan tampung murid 6 tahun ke darjah satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan pelaksanaan kurikulum baharu, pengambilan guru serta projek penambahbaikan kemudahan sekolah akan diteruskan seperti yang dirancang meskipun kerajaan menekankan langkah penjimatan perbelanjaan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, segala keutamaan kementerian termasuk kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun Satu tahun hadapan tidak akan terjejas.

“Semuanya akan dilaksanakan sebagaimana dirancang dan penjimatan itu akan kita lihat dari semasa ke semasa supaya ia tidak mengganggu keutamaan kementerian,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Kepustakaan, Terjemahan dan Kecerdasan Buatan (LiTr.AI) 2026 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata pengagihan Baucar Buku kepada murid akan dilakukan selepas sesi persekolahan disambung semula selepas cuti sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN