fbpx

Aaron idam bertemu Marcus-Kevin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (depan) dan Wooi Yik mengakui tidak sabar untuk berdepan jaguh beregu dari Indonesia itu.

BEREGU lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini berada pada fasa akhir persiapan menjelang kejohanan Terbuka Thailand di Bangkok bermula 12 Januari ini.

Meskipun masih berbaki lebih kurang seminggu, namun skuad badminton negara akan berangkat ke Bangkok hari ini bagi menjalani perintah kuarantin terlebih dahulu.

Aaron berharap dia dan Wooi Yik boleh mencapai sasaran mi­nimum melangkah ke peringkat suku akhir pada kejohanan ber­taraf Jelajah Dunia Super 1000 itu.

Sekiranya layak ke suku akhir, mereka dijangka berdepan gan­dingan No.1 dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dan itulah yang diidamkan Aaron.

“Jika kita boleh melangkah ke suku akhir, kemungkinan besar kita akan jumpa Marcus-Kevin. Sudah tentu ia aksi sukar tetapi saya harap kami boleh lakar kejutan.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu pandang terlalu jauh kerana kami perlu melepasi halangan awal terlebih dahulu. Kami akan fokus terhadap satu demi satu perlawanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Beregu lelaki No.9 dunia itu dijadualkan bertemu rakan se­negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada pusingan pertama.

“Bertemu rakan senegara yang juga senior sendiri bukanlah tugas mudah untuk kami, namun kami akan cuba baiki mana-mana kelemahan sebelum kejohanan itu berlangsung.

“Kami akan menyertai dua kejohanan Terbuka Thailand, jadi saya harap boleh layak sekurang-kurangnya ke suku akhir kerana sasaran kami adalah untuk layak ke Jelajah Dunia Akhir hujung bulan ini,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI