fbpx

Polis cari saksi kemalangan maut di Jalan Pekaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian mangsa terlibat dalam kemalangan.

PETALING JAYA – Polis memohon saksi bebas untuk tampil membantu siasatan berhubung kemalangan maut di Jalan Pekaka di sini pada 17 November 2019.

Dalam kejadian itu, motosikal ditunggang mangsa, A. Nagendran,18, dikatakan terbabas sendiri sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Jurucakap polis berkata, selepas lebih tiga bulan mendapat rawatan, mangsa disahkan maut di hospital tersebut pada 2 Mac tahun lalu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss itu terbabas sendiri dan tiada rakaman televisyen litar tertutup di lokasi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor R. Navalan di talian 014 253 6820 untuk menyalurkannya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI