fbpx

Mahkamah benar Azhar, Azalina batal saman pemula Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
eguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Azhar hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi membenarkan permohonan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said untuk membatalkan saman pemula yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi individu berhubung kesahihan pelantikan mereka dalam Dewan Rakyat.

Justeru dengan keputusan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid itu, Azhar dan Azalina kekal masing-masing sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dalam penghakimannya, Ahmad Kamal berkata, pelantikan kedua-duanya adalah sah dan tidak boleh dicabar melalui tindakan di mahkamah.

Berikutan keputusan itu mahkamah tidak memberikan sebarang kos selepas berpuas hati isu yang dibangkitkan melibatkan kepentingan awam.

Pada 23 Julai lalu, Tun Dr. Mahathir bersama empat lagi menfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan pelantikan Azhar dan Azalina sebagai Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

Selain Tun Mahathir empat lagi individu yang turut memfailkan itu ialah anaknya, Datuk Seri Mukhriz, bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI