fbpx

Kanak-kanak bersama 15 penghuni Maahad Tahfiz Daril Naim positif Covid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ambulans yang datang mengambil penghuni Maahad Tahfiz Daril Naim yang positif Covid-19 hari ini.

KOTA BHARU – Kanak-kanak berusia empat tahun merupakan antara 15 penghuni Maahad Tahfiz Daril Naim dekat Melor di sini yang disahkan positif Covid-19 menerusi Kluster Halban.

Kesemua mereka dibawa dengan dua van Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ke Hospital Kuala Krai dan Tumpat untuk dilakukan ujian saringan sebelum dikuarantin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sehingga pukul 3.30 petang tadi, lebih 60 orang disahkan positif Covid-19 menerusi kluster tersebut.

Katanya, polis akan terus melakukan pemantauan di kawasan etrsebut dengan kerjasama pelbagai agensi agar penularan wabak Covid-19 dapat dibendung.

“Kawasan madrasah ini terletak di kawasan sawah padi dan berpagar. Jadi ia memudah untuk anggota polis menjalankan penguatkuasaan melalui dua laluan sahaja.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di sini, kita melihat tiada keperluan untuk dipasang kawat berduri di sekitar kawasan ini. Ini kerana, polis hanya menggunakan dron untuk menjalankan pemantauan kerana madrasah ini terletak di kawasan yang lapang,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan Pemantauan Pematuhan PKPD Kluster Halban di Maahad Tahfiz Daril Naim di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI