fbpx

Anak anjing terperangkap dalam lubang bawah tanah diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak anjing tersebut diserahkan kepada pemilik setelah diselamatkan pihak bomba.

KOTA SAMARAHAN – Pasukan bomba telah menyelamatkan seekor anak anjing yang terperangkap dalam lubang bawah tanah di Lorong 12B1, Desa Ilmu di sini hari ini.

Menurut laporan Balai Bompa dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan, pasukan Bravo telah dikerahkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 10:33 pagi.

“Setibanya di lokasi pada pukul 10.41 pagi, pihak bomba menjalankan operasi penyelamatan menggunakan cangkul dan sekop untuk menggali tanah bagi menyelamat anak anjing tersebut.

“Setelah anak anjing tersebut berjaya dikeluarkan dan keadaan disahkan terkawal dan selamat, pihak bomba berangkat balik ke balai sekitar pukul 11.30 pagi,” katanya.

Pasukan bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Kup Kamri dengan kekuatan sebuah van jenis Urvan bersama dua pegawai bomba. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI