fbpx

TMIYC inisiatif strategik untuk belia Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail berkenan merasmikan Majlis Pecah Tanah TMIYC di pekarangan Stadium Sultan Ismail, Muar hari ini.

MUAR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyarankan negeri-negeri lain mencontohi model pembangunan belia menerusi pembinaan Kompleks Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC).

Menterinya, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, TMIYC yang diwujudkan merupakan idea dan aspirasi Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bertujuan untuk memperkasa dan memperkukuhkan potensi sebenar belia di Johor khasnya.

“KBS memperuntukkan sebanyak RM25 juta dalam pembangunan TMIYC Muar di tapak Stadium Sultan Ibrahim yang merupakan lokasi strategik dan terbaik.

“Pusat berkeluasan 11 hektar berkenaan akan mempunyai kemudahan baru seperti padang bola sepak sintetik beserta lampu limpah, gelanggang extreme, hab e-sports, gelanggang futsal berbumbung serta asrama,” katanya ketika berucap di Majlis Pecah Tanah TMIYC, di Perkarangan Stadium Sultan Ismail, Muar, hari ini.

Menurut Reezal, konsep berkenaan sekaligus akan menjadi hab belia sebagai hab sukan bagi golongan muda di Muar dan menjadi tumpuan utama masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti sukan.

“Secara keseluruhannya, terdapat 16 segmen projek berkenaan yang bersifat pembinaan baru dan tujuh segmen menaik taraf infrastruktur sedia ada.

“TMIYC juga dibangunkan dengan tujuan untuk menjadi platform bagi komuniti belia menjalankan aktiviti rekreasi dan beriadah secara santai,” katanya.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkenan merasmikan Majlis Pecah Tanah Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar di Stadium Sultan Ismail, di sini.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail juga mengurniakan sumbangan sebanyak RM300,000 untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar miskin daripada 96 buah kampung di sekitar Muar.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI