fbpx

Mayat Naim Hariri ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Naim Hariri dibawa masuk ke dalam kenderaan polis untuk dihantar ke Unit Forensik HSNZ, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

MARANG – Mayat Naim Hariri Kamaruddin yang dilaporkan hilang selepas mandi di Pantai Kelulut di sini kelmarin telah ditemui hari ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, mayat jurufisioterapi yang sepatutnya melangsungkan pernikahan pada semalam itu telah dijumpai terdampar di kawasan pantai berhampiran Kampung Pulau Kerengga di sini pada pukul 9 pagi.

“Penemuan Naim Hariri yang berasal dari Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur kemudiannya telah dimaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat.

“Mayat mangsa telah ditemui pada lokasi kira-kira 2.7 batu nautika dari lokasi dia dilaporkan hilang,” katanya di sini semalam.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2020/12/27/pelamin-dihias-indah-majlis-jadi-kenduri-keluarga/

Muhamamad Suffi berkata, bapa mangsa, Khairuddin Abdullah, 58, kemudiannya melakukan pengesahan terhadap anak lelakinya.

Beliau berkata, mayat Naim Hariri telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

Kosmo! hari ini melaporkan Naim Hariri dilaporkan hilang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kelulut di sini pada pukul 6.40 petang, Khamis lalu.

Dia sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Farah Nabilah Huda Ismail, 27, di Kampung Surau Haji Mat Zin, Batu Payong di sini pada pukul 10 pagi semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI