fbpx

Allardyce perlukan khidmat Carroll

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARROLL sebelum ini pernah bekerja bersama-sama Allardyce ketika di Newcastle dan West Ham United. – AFP

WEST MIDLAND – Pengurus baharu West Bromwich Albion, Sam Allardyce mengintai peluang untuk kembali be­ker­jasama dengan penyerang Newcastle, Andy Carroll pada jendela perpindahan musim sejuk nanti.

Bekas penyerang England berusia 31 tahun itu kini berdepan kesukaran untuk mu­sim keduanya di St. James Park.

Carroll meledak gol dalam 30 perlawanan dalam semua kejohanan sejak menyertai pa­sukan berkenaan lebih setahun lalu.

Bagaimanapun, dia kecewa apabila sekadar memanaskan bangku simpanan ketika Newcastle tewas 2-5 kepada Leeds pada aksi Liga Perdana Inggeris Rabu lalu.

Situasi semasa Carroll di Newcastle menyebabkan West Brom mahu mengambil kesempatan berkenaan bagi memastikan misi mereka mengelak daripada tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan musim depan.

Allardyce memiliki hubu­ngan sentimental dengan Carroll apabila pernah bersama-samanya ketika di Newcastle pada musim 2007/2008 dan kemudian ketika di West Ham United.

Pengurus yang terkenal dengan panggilan ‘Big Sam’ itu dilaporkan akan menghubungi rakan sejawatnya, Steve Bruce berhubung potensi perpindahan pemain itu minggu ini.

Carroll juga hanya mempunyai baki enam bulan kontrak bersama The Magpies dan di­benarkan untuk berunding de­ngan pasukan lain pada Ja­nuari ini.

Namun, West Brom bersedia untuk mengeluarkan sedikit dana bagi mendapatkan Carroll untuk mengelaknya daripada disambar pasukan lain biarpun boleh menyertai pasukan itu secara percuma pada musim panas nanti.

Selain itu, Allardyce juga dikatakan mahu mendapatkan khidmat pemain pertahanan Crystal Palace, James Tomskins yang mempunyai baki kontrak selama 18 bulan sahaja lagi di Selhurst Park. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI