fbpx

Tamat kuarantin, Sana rindukan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANA TWICE

PENYANYI kumpulan Twice, Sana yang sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu susulan menjadi kontak rapat kepada satu kes positif Covid-19 berkongsi perkembangan terkini dirinya.

Sana memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram rasmi Twice dan memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Adakah awak semua risaukan saya? Saya sihat-sihat sahaja. Saya rindukan kalian,” tulisnya.

Kepulangan Sana yang bebas daripada jangkitan wabak berkenaan turut dirai rakan sekumpulannya, Jihyo yang teruja bertemunya menerusi sebuah video.

Menerusi video tersebut, Jihyo dilihat berlari menuju ke arah Sana yang berada di dalam bilik sebelum kedua-duanya berpelukan dan ketawa gembira kerana akhirnya bertemu.

Sebelum ini, Sana merupakan kontak rapat kepada penyanyi Chungha yang dilaporkan positif Covid-19 dan memilih menjalani kuarantin meskipun keputusan ujian calitan menunjukkan dirinya negatif.

Bagaimanapun, penyanyi yang selesai menjalani kuarantin kendiri pada 18 Disember lalu akan menyambung kerja sebaik keadaan benar-benar pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI