fbpx

Lelaki ‘mukbang’ kepala lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi seorang lelaki di Indonesia memakan kepala lembu menjadi tular di media sosial, baru-baru ini. – Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki warga­ Indonesia menjadi perhatian netizen apabila aksi mukbang atau program makanannya menunjukkan dia memakan kepala seekor lembu di media sosial, baru-baru ini.

Rakaman video berdurasi satu minit 45 saat yang dimuat naik dalam akaun Instgaram @infolampung itu memaparkan lelaki berkenaan memakan kepala lembu tanpa dipotong atau disiat kulitnya.

Lelaki yang memakai topi putih itu juga dilihat menggigit hidung lembu berkali-kali sambil menunjukkan kunyahan hidung yang dimakannya.

Kepala lembu yang dihidang­kan di atas dulang itu masih lengkap dengan tanduk, mata dan gigi.

Dia juga meletakkan timun sebagai makanan hiasan dan turut disertakan dengan sos untuk dimakan bersama kepala lembu itu.

Meskipun perbuatannya mengundang rasa loya kepada­ penonton, lelaki itu sama sekali tidak kelihatan jijik, malah turut mengatakan da­ging hidung lembu itu sangat sedap.

Ramai netizen meluahkan rasa tidak mempunyai selera makan selepas menonton klip video tersebut.

“Kasihan lembu ini, ia diperlakukan dengan perbuatan kejam,” tulis salah seorang penonton dengan ikon muka sedih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI