fbpx

Dua lelaki gagal pindahkan 800 batang kayu jaras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 800 batang kayu jaras yang cuba dikeluarkan dua lelaki dari Hutan Simpan Paya Laut Matang hari ini.

IPOH – Jabatan Perhutanan Negeri Perak berjaya menggagalkan cubaan membawa keluar 800 batang kayu jaras tanpa kebenaran dari Hutan Simpan Paya Laut Matang dalam satu operasi hari ini.

Dua buah bot bersama dua orang pemandu lelaki termasuk seorang warga Indonesia dalam lingkungan usia 30-an itu ditahan kira-kira pukul 3.10 pagi.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin Yusop, berkata, kejayaan hasil intipan penguat kuasa jabatan itu yang menerima maklumat risikan berhubung aktiviti pengeluaran kayu bakau tanpa kebenaran.

Menurut beliau, rondaan tersebut dilakukan penguat kuasa Pejabat Renjer Kuala Sepetang di sekitar Hutan Paya Laut Matang dan Hutan Simpan Pulau Singga Besar berpandukan maklumat risikan.

“Hasil operasi tersebut, kita berjaya menahan dua bot berisi sebanyak 800 batang kayu jaras bakau dengan dua orang pemandu bot.

“Semakan mendapati kedua-dua pemandu bot gagal mengemukakan dokumen pas pemindah atau apa-apa dokumen yang sah dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu kedua-dua bot berkenaan bersama pemandunya ditahan untuk pemeriksaaan.

Pemandu bot warga tempatan itu bagaimana pun dilepaskan atas jaminan polis manakala lelaki Indonesia terbabit dihantar ke Depo Tahanan Imigresen Taiping untuk siasatan lanjut.

Mohamad Zin berkata, nilai rampasan pula dianggarkan berjumlah RM150,000 termasuk dua tongkang yang disita manakala siasatan dibuat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

“Hukuman denda sehingga RM500,000 dan penjara boleh dikenakan jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI