fbpx
Penguat kuasa MBSA menunjukkan kamera badan yang dipasang pada tubuh mereka sejak Oktober lalu.

Kamera badan jadi SOP penguatkuasa MBSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengaplikasikan penggunaan kamera badan ketika berada di lapangan untuk rondaan dan operasi khas.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pemakaian kamera itu yang dimulakan sejak Oktober lalu sebagai sebahagian prosedur standard operasi (SOP) inisiatif menjaga integriti dalam mengekang salah laku anggota penguat kuasa dan orang awam.

Katanya, sebanyak 45 unit kamera badan telah disediakan bagi tujuan tersebut.

“Peralatan ini penting untuk merakam kejadian atau insiden luar jangkaan yang berlaku di lapangan melibatkan penguatkuasa MBSA dan orang ramai.

“Pihak MBSA berharap penggunaan peralatan canggih tersebut selain memperkasa integriti turut dapat meningkatkan kecekapan pihaknya dalam melaksanakan sebarang tugasan,”katanya ketika ditemui pemberita di Wisma MBSA hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan penguat kuasa MBSA akan dilengkapi kamera badan bagi mengelak dan menangani kes salah laku ketika menjalankan tugas. -K! ONLINE