fbpx

Lima lagi Exco Perak angkat sumpah di Istana Kinta petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Annuar ditemui pemberita di luar Istana Kinta, Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Lima lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, jam 5 petang ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, tiada sebarang liputan dibenarkan di dalam istana berikutan Sultan Nazrin mahu majlis itu diadakan seringkas mungkin.

Katanya, Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad juga dititahkan menghadap sebentar tadi bagi memohon perkenan senarai tambahan lima lagi Exco yang belum dilantik.

“Dalam suasana pandemik Covid-19 ini, Sultan berkenan mengadakan majlis seringkas mungkin dan ia akan dilangsungkan di Istana Kinta dengan hanya membabitkan kehadiran Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Hakim,” katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta selepas selesai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan diikuti Saarani sebentar tadi.

Khamis lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik dari Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin bersama empat lagi ADUN UMNO dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Perak

Namun daripada lima exco yang dilantik hari ini, tiada ADUN dari Pas disenaraikan.

Zainol Fadzi yang merupakan Setiausaha Bersatu Perak mengangkat sumpah jawatan Exco di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini.

Beliau merupakan Exco kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Empat lagi ADUN yang mengangkat sumpah merupakan merupakan Exco sebelum ini adalah ADUN Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, ADUN Kampong Gajah, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin dan ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed.

Sebelum ini, Pas mempunyai dua exco dalam kerajaan negeri iaitu ADUN Gunung Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamarudin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI