fbpx

Budak liwat anak saudara berusia empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PASIR MAS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditahan kerana disyaki meliwat anak saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Kampung Gajah Mati di sini Selasa lalu.

Kejadian disedari oleh pengasuhnya selepas mendapati mangsa yang berusia empat tahun mengadu sakit pada bahagian punggung sehingga menyebabkan dia tidak boleh duduk.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati, pengasuh itu telah memaklumkan kejadian itu kepada ibu mangsa yang berusia 30 tahun ketika dia datang menjemput anaknya kira-kira pukul 5.30 petang.

Menurutnya, sebelum itu, mangsa telah mengadu mengenai kejadian itu kepada pengasuhnya.

“Suspek merupakan adik kepada bapa mangsa yang tinggal bersama keluarga mangsa sejak setahun lalu selepas kematian ibunya.

“Mangsa kemudian telah dibawa oleh ibunya yang bekerja sebagai peniaga ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu unyuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Shafien berkata, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas berhubung kejadian itu kelmarin.

Katanya, sebaik menerima laporan, polis telah memanggil suspek untuk diambil keterangan sebelum dia dibebaskan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI