fbpx

Gadis jatuh jambatan diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta mangsa jenis Perodua Axia ditemui di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dekat Bayan Lepas, Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU – Seorang gadis ditemui selamat selepas terjatuh ke dalam laut di kilometer 16.5 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dekat Bayan Lepas di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu disedari selepas pihak peronda lebuh raya menemui sebuah kerera jenis Perodua Axia yang ditinggalakan mangsa di tepi jalan.

Difahamkan, mangsa adalah seorang pelajar berikutan penemuan buku-buku dan beberapa anak patung beruang di dalam kereta tersebut.

Jurucakpa Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, gadis itu disyaki terjun dari jambatan selepas dia meninggalkan kereta dan dokumen pengenalan diri di tepi jalan.

“Seorang pegawai rondaan lebuh raya telah membuat tindakan awal penyelamatan dengan turun ke bawah jambatan menggunakan tali penyelamat dan jaket keselamatan.

“Mangsa telah diselamatkan iaitu pada jarak kira-kira 100 meter dari lokasi dia terjun sebelum diambil oleh bot Maritim Malaysia dan dibawa ke jeti di Batu Uban,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu, mangsa ditemui dalam keadaan masih hidup dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi tamat pada pukul 8.55 pagi.

Operasi itu digerakkan oleh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI