fbpx

Ronaldo ledak gol ke-750 dalam karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO meledak satu gol ketika membantu Juventus mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Kyiv awal pagi semalam. – AFP

TURIN – Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo meledak gol ke-750 dalam karier ketika membantu pasukan itu menewaskan Dynamo Kyiv 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Allianz awal pagi semalam.

Pemain antarabangsa Portugal itu menjaringkan gol ber­kena­an pada minit ke-57, sementara dua gol lagi masing-masing dija­ringkan Federico Chiesa dan Alvaro Morata.

Lebih manis, jaringan berke­naan merupakan gol ke-75 Ro­naldo bersama Juventus dalam semua pertandingan sejak menyertai pasukan itu dari Real Madrid pada 2018.

“750 gol, 750 detik gembira serta 750 senyuman tercipta selama ini. Saya sangat gembira untuk melakukan pencapaian se­perti ini, ia sesuatu yang bermakna.

“Terima kasih kepada semua pemain dan jurulatih yang banyak membantu saya melakukan pencapaian seperti ini. Saya turut menghargai sokongan peminat sepanjang karier saya,” kata Ronaldo.

Sebagai rekod, pemenang lima kali Ballon d’Or itu menjaringkan 450 gol bersama Real, Manchester United (118 gol), Portugal (102 gol), Juventus (75 gol) dan Spor­ting Lisbon (5 gol).

Rekod tersebut dijangka bertambah awal pagi Ahad ini apabila skuad kendalian Andrea Pirlo itu melayan kunjungan musuh setempat, Torino dalam saingan Serie A. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI