fbpx

Api misteri bakar 20 peratus bahagian rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TILAM dan perkakas rumah hangus terbakar dalam kejadian api misteri di sebuah rumah di Kampung Penambang, Kota Bharu hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Kebakaran sebuah rumah yang menjadi tempat tinggal empat beranak di Kampung Penambang di sini petang tadi menimbulkan tanda tanya apabila punca kejadian itu masih samar-samar.

Ia menyebabkan rumah tersebut hangus sebanyak 20 peratus dan dipercayai terjadi akibat kejadian api misteri kira-kira pukul 1.55 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2 petang.

“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian sebelum bertindak memadamkan kebakaran, namun api merebak telah ke bahagian lain.

“Empat sekeluarga tiada di rumah sewaktu kejadian. Pemeriksaan mendapati, kebakaran melibatkan tilam, perkakas rumah dan bahagian siling rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, kebakaran itu merupakan kejadian pertama yang berlaku di rumah tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI