fbpx

Syafiq Kyle korban rambut demi filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbezaan rambut Syafiq Kyle sebelum dan selepas dipotong.

PETALING JAYA – Pelakon Syafiq Kyle terpaksa mengorbankan rambutnya yang disimpan hingga ke paras bahu demi tuntutan watak dalam sebuah filem aksi.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, 28, memberitahu dia tiada pilihan lain dan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rambut kesayangannya demi karakter yang dipikul.

Difahamkan, Syafiq akan muncul dalam filem arahan sutradara Andre Chiew dan Nazeem Shah dengan membawakan watak Khairul.

Menerusi filem terbitan Astro Shaw dan Blackflag tersebut, Syafiq yang dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ke-32 (ABP32) akan bergandingan bersama Datuk Aaron Aziz dan beberapa pelakon hebat lain.

Menjengah ke ruangan komen, pelakon Mimi Lana turut meninggalkan kata-kata nakal berserta emoji dengan mengatakan Syafiq terpaksa beralah dan memotong rambut demi tuntutan kerjaya.

Terdahulu, kemesraan kedua-dua pelakon itu semakin terserlah selepas hubungan cinta mereka dikhabarkan mula bertaut kembali baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI