fbpx

Artikel fitnah, Mat Sabu saman Harakah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memfailkan saman terhadap seorang penulis dan Ketua Pengarang Harakah serta satu pihak lagi berhubung dakwaan menerbitkan artikel berunsur fitnah di laman sesawang Harakahdaily, September lepas.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Amin Amirul & Partners pada 28 Oktober lalu di Mahkamah Tinggi di sini.

Penulis Roslan Shahir Mohd. Shahir, Ketua Pengarang Wan Nordin Wan Yaacob dan penerbit laman sesawang itu yang juga akhbar cetak Harakah, Galeri Media Serbanika Sdn. Bhd masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama dan ketiga.

Melalui semakan mahkamah, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Idamasliza Maarof pada 7 Januari tahun 2021.

Menurut pernyataan tuntutan, Mat Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa pada 14 September lepas, kesemua defendan telah bersama dan berasingan menjatuhkan maruah, mengaibkan atau memfitnahnya dengan menulis dan menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sesawang Harakahdaily menerusi artikel bertajuk “Husam: PAN Parti Diktator”.

Plaintif mendakwa kata-kata fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang diktator, menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai seorang presiden parti selain mendakwa plaintif seorang presiden yang hanya mengikut arahan dan telunjuk parti DAP.

Dakwa plaintif mendakwa kata-kata fitnah yang ditulis oleh defendan pertama menjadi sumber kepada defendan kedua untuk melaporkan dan membenarkan artikel berkenaan diterbitkan di laman sesawang Harakahdaily.

Mohamad mendakwa kata-kata fitnah itu hanya tuduhan melulu yang berniat jahat terhadapnya bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah serta kredibiliti plaintif yang mempunyai imej, reputasi dan integriti yang baik.

Laman sesawang Harakahdaily adalah laman potral media yang cenderung kepada parti Pas iaitu parti yang menjadi salah satu tunjang utama kepada pemerintahan di negara ini selain defendan-defendan mempunyai potensi untuk mendatangkan keuntungan politik kepada Pas sekali gus membawa orang ramai membenci plaintif sebagai seorang pemimpin parti Amanah.

Plaintif berkata pada 24 September lalu, satu notis telah dihantar kepada kesemua defendan supaya menarik balik tuduhan fitnah dan seterusnya meminta maaf kepadanya, namun kesemua defendan gagal berbuat demikian.

Justeru, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, satu perintah mengarahkan defendan-defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah berkenaan dan satu injunksi untuk menahan kesemua defendan atau ejen-ejennya daripada menerbitkan semula kata-kata fitnah serupa atau seakan sama terhadap plaintif secara lisan atau di media cetak. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI