fbpx

Kisah cekal lima beradik tanpa ibu, ayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fadli (kanan) menziarahi lima beradik yang hidup berdikari di sebuah rumah flat di Ampang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Usianya baru 18 tahun, namun seorang remaja perempuan telah memikul tanggungjawab berat menjaga empat adiknya selepas ibu mereka ditangkap polis beberapa minggu lalu, manakala bapa pula sedang menjalani hukuman penjara.

Kisah menyayat hati lima beradik kesemuanya perempuan berusia 11 hingga 18 tahun yang pandai hidup berdikari di sebuah flat di Ampang, Selangor itu tular di akaun Faebook Dana Kita dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kelmarin.

Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dana Kita, Mohd. Fadli Salleh berkata, empat beradik itu kini bergantung harap kepada kakak sulung mereka yang bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam untuk menampung kehidupan seharian.

“Kami diberitahu bapa mereka kini berada di penjara dan dijangka keluar tahun depan. Sebelum ini bapa mereka juga kerap keluar masuk pusat pemulihan dadah.

“Ibu mereka pula ditangkap polis kerana masalah penagihan dadah serta sering bertindak di luar kawalan akibat pengaruh dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berdasarkan Facebook Dana Kita, ibu lima beradik itu dikatakan telah ditangkap polis selepas seorang daripada anaknya membuat laporan kerana tidak tahan melihat wanita itu sering menghisap dadah di dalam rumah.

Wanita itu juga kadangkala dikatakan bertindak di luar kawalan jika tidak mendapat bekalan dadah.

Mohd. Fadli berkata, kes itu telah dilaporkan kepada LZS serta Skuad Jejak Asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang kemudian turut tampil memberi bantuan.

“Dana Kita turut membantu dari segi memberi keperluan asas serta duit kecemasan sebanyak RM200.

“Baitulmal pula bantu dari segi pendidikan, manakala LZS pula menyediakan sumbangan keperluan asas,” ujarnya.

Sementara itu, berdasarkan Facebook LZS, selama ini segala keperluan termasuk makan minum adik-beradik itu ditanggung oleh kakak sulung.

Kakak sulung itu turutme­nyara adik-adik perempuannya yang masih bersekolah.

“Ada di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), ada di sekolah menengah dan ada di sekolah rendah.

“Melangkah masuk ke rumahnya, kelihatan susun atur rumah yang kemas dan bersih. Melihat keadaan mereka, lega rasanya hati kami (Skuad Saidina Umar Zakat Selangor) apabila sikap dan akhlak mereka terjaga walau ibu bapa bermasalah.

“Menutup aurat, sopan tutur kata membuatkan kami kagum. Ayah dan ibunya tetap bersalah, namun mesti ada pengajaran yang baik ditinggalkan sehingga dapat membentuk akhlak anak-anak ini,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI