fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Sindiket dadah RM86 juta : Pemandu peribadi berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang pemandu peribadi berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas lima pertuduhan mengedar dadah bernilai RM86 juta pada Mac lalu.

Tertuduh, Chai Koh Chun, 55, memahami pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat keseluruhan 568,209.14 gram, nimetazepam 150.88 gram dan ketamin 1,003.30 gram.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Samarinda 5, Taman Satu Krubong, sekitar pukul 4 petang pada 8 Mac lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan, jika tidak dihukum mati, sebatan tidak kurang 12 kali mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif, manakala tertuduh diwakili peguam Paul Krishnaraja dan Amy Chong.

Mahkamah menetapkan tarikh 18 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.

Kosmo! pada 11 Mac lalu melaporkan polis menumpaskan sindiket dadah bernilai RM86 juta menerusi tiga serbuan ke atas makmal haram dan stor dadah sintetik jenis MDMA pada 6 dan 8 Mac lalu.

Pada 17 Mac, tertuduh bersama dua individu lain iaitu Sim Jia Xian, 20, dan Ong Wan Qi, 23, turut didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atas pertuduhan mengedar dadah jenis nimetazepam dengan anggaran berat kasar 1,735.15 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 1 pagi, 6 Mac lalu di sebuah rumah di Jalan PB 1, Taman Puncak Bertam, Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN