fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki ingkar titah isu azan Surau Taman Seraya ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang sebelum ini dikesan berhubung ingkar titah Sultan Selangor berhubung pelaksanaan solat Jumaat dan azan di Surau Taman Seraya, Ampang dekat sini, akhirnya diberkas polis hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 petang di sekitar Pandan Indah.

Katanya, turut dirampas adalah masing-masing sebuah komputer riba, telefon bimbit serta beberapa dokumen berkaitan bagi membantu siasatan lanjut.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing adalah negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, siasatan dijalankan secara profesional dan telus mengikut lunas undang-undang tanpa sebarang kompromi.

Tegasnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan serta mengugat ketenteraman awam.

“Pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan yang cuba mencetuskan provokasi melampau sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis ‘mengunci’ pergerakan suspek lelaki itu setelah namanya dimasukkan dalam pekeliling khas bagi menghalang sebarang cubaan melarikan diri ke luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN